Tuesday, September 15, 2009

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun.Banyak kilang perindustrian,pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar.Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangkan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut.Walau bagaimanapun,terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,Jakarta.Mengapakah ada kejadian seperti ini ini berlaku?Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan?Tepuk dada tanyalah selera.Sebenarnya,terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku.Monumen,mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau perisitiwa penting.Walaupun Malaysia telah mencapai kermerdekaan selama 50 tahun,kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan.Di samping itu,bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana engan kewujudan bangunan bersejarah,kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang ralistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda.Sebagai contohnya,zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada adab ke-15 dan adab ke-16 dapat dirasai ddenagn wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago,Gereja Christ,Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul.Selain itu,Kota Cornwallis Masjid Kling,Gereja St.George di Georgetown,Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monumen negara tidak wajar dilaksanakan.

Tuesday, September 1, 2009

Pada Masa Cuti Sekolah Saya

Pada masa cuti sekolah,saya dan keluarga pergi melancong ke Pulau Paya.Di situ mempunyai banyak ikan yang cantik.Kami bagi makanan kepada ikan itu.Selain itu,kita pergi mengunjung buaya dan penyu.Air di situ sangat jernih dan mempunyai batu-batu yang cantik.
Pada masa tengah,kita menjamu selera.Makanan di situ sangat enak.Selepas makanan,kita menaiki kapal untuk pergi melancong ke pulau yang lain.Apabila,kita sampai ke pulau,kita mengutip batu-batu.Selepas,itu kita berjalan-jalan di pantai.Saya berasa sangat gembira.

Thursday, August 20, 2009

Kawan Saya

Selamat datang.Hari ini saya berasa sangat gembira kerana guru mengajar saya membuat blog.Blog ini boleh mengenali banyak kawan dan boleh menambah bahasa melayu saya.Hari ini ialah pertama guna blog ini dan lagi saya tulis bahasa melayu di blog ini.
Saya mempunyai seorang kawan yang baik nama ialah Loh Peng Keong .Dia ialah seorang budak yang suka bermain dan selalu membantu kawan.Di sekolah saya mempunyai banyak kawan iaitu Baby Cheah ,Kar Seng,Kelly,Suet Wah,Mei Wah,Yie Jie,Kar Yee.Yih Yong ,WyeTeng ,Qing Yan dan lain-lain lagi.
Pada masa lapang ,saya dan kawan suka membeli-belah dan pergi Ipoh Parade untuk menyanyi di K-Box.Saya ingin mengenali banyak kawan .Selamat Datang ke blog saya.